JENIS-JENIS CAGARAN DALAM PENYEWAAN HARTANAH
Penyewa kena tahu jenis–jenis cagaran (deposit) penyewaan hartanah yang biasa dikenakan oleh tuan rumah apabila menyewa sesebuah hartanah. Kena bersedia dengan duit yang mencukupi untuk bayaran deposit–deposit apabila menandatangani perjanjian penyewaan (tenancy agreement). Jika tidak, mungkin tidak akan diberi kunci atau dibenarkan pindah masuk. Jika tidak faham dengan deposit yang dikenakan, akan terkejut dan kelam kabut untuk sediakan duit.
1. Deposit Keselamatan
Deposit keselamatan adalah keperluan biasa dalam perjanjian sewa. Tujuan utamanya adalah untuk melindungi kepentingan tuan tanah dengan menyediakan jaminan kewangan sekiranya berlaku kerosakkan pada harta benda atau sewa yang tidak dibayar.
Amaun: Deposit keselamatan biasanya bersamaan dengan sewa dua bulan, tetapi ini boleh berbeza-beza bergantung pada budi bicara tuan tanah dan syarat perjanjian penyewaan. Untuk hartanah luxury atau yang (fully furnished), tuan rumah mungkin meminta sebanyak 3 bulan sewa.
Bayaran Balik: Pada akhir penyewaan, tuan tanah harus memeriksa rumah bagi memastikan tiada sebarang kerosakan yang melampaui. Sekiranya tiada kerosakan yang ketara atau sewa yang belum dibayar, duit deposit sekuriti (security deposit) tersebut akan dikembalikan kepada penyewa semula.
2. Deposit Utiliti
Deposit utiliti adalah berasingan daripada deposit keselamatan (Security Deposit) dan ia bertujuan untuk menampung sebarang bil utiliti yang belum dibayar, seperti caj elektrik dan air, gas dan internet yang mungkin tertunggak semasa penyewaan.
Amaun: Deposit utiliti biasanya sekitar setengah hingga sebulan sewa, tetapi ini boleh berbeza-beza berdasarkan pengaturan khusus antara tuan tanah dan penyewa. Untuk tempat kediaman, biasanya 2 bulan, manakala tempat perniagaan dimana keguanaan elektrik dan air adalan tinggi, cagaran sebanyak 1 bulan sewa biasanya dikenakan.
Bayaran balik: Pada akhir penyewaan, penyewa kena menyelesaikan semua bil utiliti yang digunakan semasa menduduki premis itu. Sekiranya ada tunggakan, deposit utiliti akan digunakan untuk menyelesaikan semua bil utiliti yang tertunggak. Sekiranya terdapat lebihan selepas semua bil dibayar, baki hendaklah dipulangkan kepada penyewa. Ini biasanya akan mangambil masa selama 1 bulan untuk urusan tersebut.
3. Deposit Kad Access
Sekiranya anda duduk pangsapuri (condo) atau pejabat bertingkat, biasanya kad-kad access untuk lift, pintu, atau kemasukkan tempat letak kereta diperlukan dan kunci peti surat. Penyewa akan diminta membayar deposit untuk kad tersebut, deposit itu akan digunakan untuk mengantikkan apabila hilang atau rosak.
Amaun: biasanya RM50 – RM100 setiap kad.
Bayaran Balik: Deposit dipulangkan apabila kad dikembalikan
4. Bayaran Deposit Kepada Syarikat Utiliti
Untuk hartanah komersial seperti kedai, pejabat, industri dan gudang, tuan rumah akan meminta penyewa untuk mandapatkan bekalan elektrik, air, gas, internet dan lain-lain terus dengan pembekal seperti TNB, Syabas, Gas National, TM dan lain-lain.
Oleh itu, penyewa kena bayar deposit pada syarikat-syarikat tersebut untuk membuka akaun dan mendapatkan bekalan/perkhidmatan. Ini adalah kerana tuan rumah tidak mahu mengambil risiko sekiranya penyewa tidak menjelaskan bil yang tertunggak.
Amaun: tertahluk kepada cagaran yang ditetapkan oleh Syarikat utility mengikut bekalan dan kegunaan yang diperlukan. Membawa perjanjian penyewaan untuk membuktikan apabila membuka akaun.
Bayaran Balik: Apabila tamat penyewaan, menjelaskan bil bil dan minta balik deposit daripada syarikat bekalan.
5. Deposit Ubahsuai
Sekiranya kerja-kerja ubahsuai untuk hartanah khasnya komersial seperti kedai, pejabat, atau ruang perniagaan dalam pusat membeli-belah, tuan rumah akan meminta penyewa untuk membayar deposit sebelum kerja-kerja tersebut dijalankan. Insuran professional mungkin juga diwajibkan. Biasanya, terdapat guideline yang penyewa perlu patuhi semasa menjalankan kerja-kerja ubahsuai. Sekiranya tidak dipatuhi atau merosakkan tempat lain (common area), deposit akan dipotong untuk memperbaikkan kerosakan tersebut.
Amaun: tertahluk kepada jumlah deposit yang ditetapkan oleh pengurusan / tuan rumah.
Bayaran Balik: Apabila tamat kerja kerja ubahsuai, penyewa perlu memohon untuk bayar balik deposit daripada pengurusan hartanah tersebut.